Followers

Monday, June 10, 2013

Kehilangan.....

Tahun 2012 yang berlalu membawa kesedihan dan kepedihan dalam hidupku. Kesedihan yang belum hilang sepenuhnya bertambah menjelang Februari yang lalu.


Apakah peristiwa itu???
Ya...setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah. Kita hanya sementara di dunia ini dan akhirat yang kekal abadi. Namun, aku yakin setabah mana pun seseorang itu pasti akan terselit kesedihan apabila kehilangan orang yang tersayang.


Air mata bergenang namun ku cuba bertahan. Pabila teringat saat kehilangan itu, rasa sedih pasti kan bertamu.

8 Jun 2012 yang lalu adalah tarikh arwah ibunya menyahut panggilan Ilahi. Selang beberapa lama kemudian,tatkala orang bergembira bercuti sempena Tahun Baru Cina yang lalu, Allah menguji aku sekeluarga apabila menjemput ayahku untuk menemuiNya. Rasa tak percaya aku telah kehilangan kedua ibu bapa yang sangat aku sayangi.

Kami sekeluarga pasrah dan redha dengan ketentuan Allah ini. Syukurlah aku sempat berbakti untuk ibu bapaku semasa hayat mereka walau pun tak mungkin terbalas jasa mereka membesarkan ku.

Ya Allah.....
Tempatkanlah roh arwah kedua-dua ibu bapaku di dalam golongan ahli syurgamu....Amin