Followers

Sunday, December 13, 2009

BiLA CIteR TenTAnG JoDoH...

Kali ni topik aku still pasal jodoh....

Melihat kawan-kawan bersanding di atas pelamin,mendetikkan secubit rasa cemburu.
Tapi pabila aku berfikir secara rasional,aku tak seharusnya berperasaan sedemikian,namun seharusnya bersyukur kerana di sekelilingku masih ramai yang sayangkan diri ini. Ibu bapa,kakak2,abang2 dan adik.Tak lupa sahabat-sahabat yang sudi menemani ketika duka datang bertandang.

Bila aku terbaca berita di dada akhbar tentang tragedi pengantin baru yang hanya sempat bergelar isteri selama empat jam sahaja sebelum kemalangan ngeri meragut nyawa suami dan mertuanya membuatkan aku terus berfikir. Sayu hati mendengar dan turut bersimpati kepada si pengantin perempuan. Tetapi itulah hakikat yang telah tertulis untuknya.

Jodoh seseorang memang telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Mungkin ada pertemuan,tetapi tiada jodoh. Mungkin juga ada jodohnya tetapi hanya sementara. Kita sebagai insan yng lemah ini hanya mampu berusaha dan berdoa agar diberikan jodoh yang dapat membimbing dan memandu ke jalan yang diredhai oleh Allah.


Petikan akhbar
Kenduri kahwin bertukar majlis tahlil

ALOR SETAR: Majlis kenduri meraikan perkahwinan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang maut dalam nahas di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar bertukar majlis tahlil dengan pengurusan diambil alih Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Anak Bukit, bermula malam tadi.


Setiausaha Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Abd Jabir Mokhtar, 50, berkata pada mulanya pihak pengantin perempuan berhasrat mengadakan majlis khatam al-Quran pada sebelah malam diikuti kenduri kahwin hari ini, namun kedua-duanya terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.


"Perkara berlaku tanpa diduga dan kami sebagai jiran mengambil alih pengurusan majlis yang tetap perlu diteruskan.


"Kita jalankan majlis seperti biasa dengan menerima 1,500 tetamu yang sudah dijemput selain pihak perempuan juga mengeluarkan belanja besar sekitar RM12,000 untuk majlis ini.


"Sekarang menjadi tugas kami untuk menjayakan majlis tahlil itu dan memastikan semua tetamu dilayan dengan baik.


"Kami bersimpati dengan Teh Affifah dan keluarga kerana mereka memang dikenali sebagai orang yang baik dan mempunyai hubungan akrab dengan jiran.


"Teh Affifah juga seorang gadis yang lemah lembut dan baik budi pekerti," katanya ketika di temui di sini, semalam.


Sementara itu, tinjauan Berita Harian di tempat persiapan kenduri di homestay G Glamour di Taman Kancil 3, Anak Bukit semalam mendapati segala persiapan termasuk pelamin dan bilik pengantin sudah disiapkan dengan rapi oleh pihak pengantin perempuan.


Bagaimanapun tiada ahli keluarga di situ kerana berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berikutan kejadian tidak diingini itu.


Kelihatan lapan daripada sembilan dulang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di homestay itu yang tersusun dengan kemas untuk majlis yang bakal berlangsung hari ini.



Marilah kita bersama-sama sedekahkan bacaan Al.Fatihah.

Friday, December 11, 2009

SEKADAR LUAHAN RASA

Siapakah aku sebenarnya
Di mata dan hatimu
Adakah sekadar persinggahan
ketika kesunyian
Atau benar kau memerlukan aku seumur hidupmu....

Perhatian yang kau berikan
Ku kira petanda bahawa kau menyayangiku
Lebih dari sekadar teman biasa
tapi akhirnya ku sedar
Itu cuma anggapanku semata

Bila tiba masa
Aku bermohon kepada yang Maha Esa
Luputkanlah semua kenangan yang ada
Walau aku terkadang
Tak bisa menerima.....


p/s: layan jiwang malam ni :(

Monday, December 7, 2009

CuTI seKOlaH............

Kalau sebut cuti sekolah mesti sinonim dengan majlis perkahwinan...
Kalau dah nama perempuan apa tah lagi dalam umur macam aku ni mesti selalu kena smash ngan soalan
.
.
.
.
.
KAU BILA LAGI?????????????


Emmm ni yang kadang2 buat aku malas nak pergi majlis kenduri kahwin..tapi terpaksa jugak pergi sebab mak cakap "nanti jgn marah kalau orang tak dtg kenduri kahwin kau...."jadi motifnya di sini aku dengan terpaksa rela pergi la jugak...........

Kenapa kadang-kadang orang sekeliling sibuk pasal diri aku....mak aku pun tak kisah bila aku nak kahwin....dah belum sampai jodoh nak buat macam mana....bercinta pun asyik putus di tengah jalan :(
 
Kadang-kadang aku fikir mereka ni tak percaya qada' dan qadar ke???Kalau boleh aku pun nak kahwin, tapi dah soal jodoh pertemuan di tangan Allah...aku sebagai manusia hanya mampu berusaha dan selebihnya Allah yang uruskan........

Tapi syok juga kalau pergi majlis kahwin ni,aku tak payah nak masak untuk makan tengah hari sebab 1 family pergi kenduri ..........yahooooooo :)

p/s : aku bukan malas cuma selalu tak rajin :p

Wednesday, December 2, 2009

GemUK Vs kURus

Kalau baca tajuk entri kali ni mesti ramai yang kata klise...dah basi, dah lapuk...tapi pada aku benda ni masih relevan sampai sekarang...kalau tak tak kan si afdlin shauki ( pelakon dan pengarah kegemaran aku) boleh buat filem pasal topik ni (Buli dan Buli Balik)

Kita flash back sekejap................................................




Kalau masa baby, semua orang suka pegang baby yang gemuk,berisi,tembam dan yang sewaktu dengannya..rasa macam nak cubit-cubit jer pipi budak tu....tapi kalau baby tu kurus siaplah ramai yang kata tak cukup makan la,tak cukup zat la...tu belum lagi kene marah ngan nurse tiap-tiap bulan time bawak baby g timbang............


Tapi bila menginjak zaman remaja, dewasa dan seterusnya....orang mula padang serong pada orang gemuk....macam-macam gelaran yang diberi...badak sumbu,giant ( tak pasal-pasal Giant citer Doreamon dapat saham) dan macam-macam yang bukan hanya menyakitkan telinga malah menusuk ke sukma pedihnya.....kalau kurus plak orang panggil cicak kubing,papan lapis...tak pun bini popeye ( alah si Oliver bini popeye tu).....


Manusia ni memang tak pernah puas dengan apa yang diaorang ada...kalau gemuk nak kurus..yang kurus pulak pening kepala memikir cara nak tambah berat badan......semua ni sebab ape????


nak  "CANTIK"


Tu la sebab banyak pusat kecantikan yang menawarkan khidmat pelansingan badan....(pikirlah sendiri,aku malas nak wat promosi percuma utk mereka).......tu belum lagi segala macam pil dan losyen yang dijual di pasaran.....bagi yang kurus pun ada dijual makanan yang boleh meningkatkan selera makan supaya boleh gemuk......

Hmm pada aku,gemuk atau kurus tak menjadi hal...yang penting sihat tubuh badan....cantik tapi sakit buat ape...........



Cuba tengak diaorang ni,gemuk pun leh fofuler ape..........