Followers

Sunday, December 13, 2009

BiLA CIteR TenTAnG JoDoH...

Kali ni topik aku still pasal jodoh....

Melihat kawan-kawan bersanding di atas pelamin,mendetikkan secubit rasa cemburu.
Tapi pabila aku berfikir secara rasional,aku tak seharusnya berperasaan sedemikian,namun seharusnya bersyukur kerana di sekelilingku masih ramai yang sayangkan diri ini. Ibu bapa,kakak2,abang2 dan adik.Tak lupa sahabat-sahabat yang sudi menemani ketika duka datang bertandang.

Bila aku terbaca berita di dada akhbar tentang tragedi pengantin baru yang hanya sempat bergelar isteri selama empat jam sahaja sebelum kemalangan ngeri meragut nyawa suami dan mertuanya membuatkan aku terus berfikir. Sayu hati mendengar dan turut bersimpati kepada si pengantin perempuan. Tetapi itulah hakikat yang telah tertulis untuknya.

Jodoh seseorang memang telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Mungkin ada pertemuan,tetapi tiada jodoh. Mungkin juga ada jodohnya tetapi hanya sementara. Kita sebagai insan yng lemah ini hanya mampu berusaha dan berdoa agar diberikan jodoh yang dapat membimbing dan memandu ke jalan yang diredhai oleh Allah.


Petikan akhbar
Kenduri kahwin bertukar majlis tahlil

ALOR SETAR: Majlis kenduri meraikan perkahwinan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang maut dalam nahas di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar bertukar majlis tahlil dengan pengurusan diambil alih Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Anak Bukit, bermula malam tadi.


Setiausaha Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Abd Jabir Mokhtar, 50, berkata pada mulanya pihak pengantin perempuan berhasrat mengadakan majlis khatam al-Quran pada sebelah malam diikuti kenduri kahwin hari ini, namun kedua-duanya terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.


"Perkara berlaku tanpa diduga dan kami sebagai jiran mengambil alih pengurusan majlis yang tetap perlu diteruskan.


"Kita jalankan majlis seperti biasa dengan menerima 1,500 tetamu yang sudah dijemput selain pihak perempuan juga mengeluarkan belanja besar sekitar RM12,000 untuk majlis ini.


"Sekarang menjadi tugas kami untuk menjayakan majlis tahlil itu dan memastikan semua tetamu dilayan dengan baik.


"Kami bersimpati dengan Teh Affifah dan keluarga kerana mereka memang dikenali sebagai orang yang baik dan mempunyai hubungan akrab dengan jiran.


"Teh Affifah juga seorang gadis yang lemah lembut dan baik budi pekerti," katanya ketika di temui di sini, semalam.


Sementara itu, tinjauan Berita Harian di tempat persiapan kenduri di homestay G Glamour di Taman Kancil 3, Anak Bukit semalam mendapati segala persiapan termasuk pelamin dan bilik pengantin sudah disiapkan dengan rapi oleh pihak pengantin perempuan.


Bagaimanapun tiada ahli keluarga di situ kerana berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berikutan kejadian tidak diingini itu.


Kelihatan lapan daripada sembilan dulang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di homestay itu yang tersusun dengan kemas untuk majlis yang bakal berlangsung hari ini.



Marilah kita bersama-sama sedekahkan bacaan Al.Fatihah.

No comments: